Sunday, February 15, 2015

Tahun untuk kecantikan dan kesihatan

Tahun ini saya dah berjanji untuk menjaga diri sendiri. Saya sudah mula menyambung kembali kegiatan beraerobik dan berjogging. Harap-harap ini bukan hangat hangat tahi ayam!!! Dah nak masuk 44 dah umur ni. Jadi kena buat sesuatu yang konsisten untuk kekal sihat. Badan dah rasa lesu aje...selalu letih. Bila jogging petang petang atau balik dari aerobik memang letih badan tapi rasa segar minda. Memang tak ada jalan pintas kalau nak sihat ni..
Ha...bab kecantikan pulak, saya dah mula mengamalkan minum air masak 24/7. Memang nampak perubahan pada kulit, perut pun rasa lawas.. mula mula tu masa sarapan kena minum air masak saja, rasa macam nak terkeluar air tu balik. Heheh.. ye lah, kita dah biasa minum air panas, kopi ke milo ke...tiba-tiba kena minum air masak , memang tak kelasss!!! Hahaha...tapi air masak ni la paling bagus. Kadang kadang balik rumah mak, terbabas jugak diet saya ni. Tapi saya akan naik balik wagon tu. Orang putih kata , "fall off the wagon". Bila saya terjemah rasa pelik pulak.



Saya juga sekarang sedang mengambil Kawaii. Minuman berkolagen. Baru 2 malam minum. Jadi tak boleh nak bagi testimoni lagi. Tapi sebab terpengaruh sangat dengan testimoni Dr Halina, saya terus mencuba produk ini. Nanti selepas beberapa bulan, saya akan update..hehe

No comments:

Post a Comment

 
yeats'musings - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore