Monday, November 28, 2011

Hari Penyampaian Hadiah dan Majlis Graduasi

Ahad lepas Tadika Perintis Kecil, tadika di mana Wafi bersekolah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah dan Majlis Graduasi 2011. Majlis ini diadakan di Dewan Orang Ramai, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Ini adalah foto-foto Wafi yang begitu ceria pada hari itu.

Sayang betul hari tu, katerer datang lambat. Ramai ibu bapa yang balik dulu sebelum menikmati jamuan makan tengahari. Kami pun selepas menunggu selama sejam , mengambil keputusan untuk beredar. Walaupun terbit rasa kasihan pada Kak Hajar (Pengetua Tadika) tapi kerana komitmen lain terpaksa langkah kaki. Apa apa pun, Wafi seronok sekali dapat nyanyi lagu Balik Kampung atas pentas dengan kawan kawan 5 tahunnya..

No comments:

Post a Comment

 
yeats'musings - Blogger Templates, Wordpress Templates Free - by Templates para novo blogger HD TV Watch Entourage Online. Featured on Local Business Singapore