Monday, June 27, 2011
Travelog Haji-Mengubah Sempadan Iman
Ini adalah kali pertama saya menulis di dalam bahasa Ibunda saya. Kali ini saya akan mengulas mengenai buku yang saya baca baru-baru ini. Saya sangat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati Prof. Kamil untuk menulis mengenai pengalamannya mengerjakan haji. Buku ini banyak memberi panduan praktikal dan berguna untuk mereka yang ingin menjadi tetamu Allah. Pada pendapat peribadi saya, kekuatan buku ini adalah kerana cara penyampaian penulis yang begitu bersahaja tetapi sangat-sangat berkesan.Perakuan jujur Prof Kamil begitu menyentuh perasaan, timbul rasa keinsafan di dalam diri. Selesai membaca buku ini, saya terus berdoa supaya Allah akan menjemput saya, suami dan keluarga terdekat menjadi tetamuNya. Insya Allah! Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Kaspol kerana mengesyorkan kepada saya untuk membacanya. Sekalung penghargaan juga buat rakan baik saya Jas, kerana meminjamkan buku Travelog Haji.
Labels:
Native Tongue
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment